Photobucket

MY MEMORY

Suweileh 2009....catatan Memoriku Last Year Slideshow: Ezrul’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Jordan was created by TripAdvisor. See another Jordan slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.

DEMIRTAS AQUARIUM

Tuesday, September 30, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI



SALAM AIDILFITRI BUAT SEMUA YANG MENGENALI DIRI INI


TIADA UNGKAPAN SECANTIK BAHASA PENGAMPUNAN


TIADA TULUS MELAINKAN KEMAAFAN


TIADA KASIH MELAINKAN SEGALANYA DIHALALKAN


JADIKAN SEGALANYA SEPERTI SEPUTIH KASIH RAMADHAN


SYAWAL MENYALA DIMALAM PADAMNYA RAMADHAN


SEMOGA KITA PEROLEHI KEAMPUNAN


AMIN...

Thursday, September 18, 2008

SANAH HILWA YA GAMIL 30 SANAH.




CAKE FOR MY BIRTHDAY

(HADIAH DARI UMMU ANUAR HADI SEKELUARGA)

NAK DAPAT KEK NI KENA PEJAM MATA DULU HEHEH


30 tahun sudah kini usia ku ,cukup dan genap .”Hmm dah melangkah ke alam 30 an sudah kehidupan pahit manisku”,bisik hati kecilku.Namun aku masih solo dan sentiasa gembira dengan kehidupan yang menjengah pada setiap umurku .
Pagi ini aku melangkahkan ke tempat kerja dengan bersemangat ,semangat ini mungkin timbul disebabkan kematangan usiaku pada hari ini.Dari jauh aku sudah melihat cikgu Azmi dan Cikgu Ruslan tersenyum memandangku dengan agak lain sedikit.Mungkin disebabkan pakaian batikku berbeza sedikit pada hari ini.Sudah biasa bagiku dengan situasi begitu .”Senyuman itu satu sedekah ,biarlah mereka senyum itu lebih elok”, bisik hati kecilku.
Pagi ini juga waktu yang ada tidak dapat aku kejari secukupnya dengan tugas yang diberikan,”Aduh ! hari ini ada program bersama murid-murid lelaki Tahun 6”, hatiku berbisik lagi ,hanya khas untuk murid-murid lelaki sahaja .Program khas dalam pembentukkan jiwa remaja.Aku sedikit terkilan kerana tidak dapat menyediakan bahan –bahan teknologi untuk paparan mereka.Jadi aku terpaksa melakukannya secara tradisional cerita dan terus bercerita sehingga ada yang termenung.ketawa,tiba-tiba jadi serius pun ada .Mungkin mereka memikirkan sesuatu diatas apa yang aku sampaikan .
Aku cuma ada masa lebih kurang 15 minit sahaja lagi untuk berehat seketika selepas ini aku ada kelas untuk mengajar murid-murid tahun 3 setia.Antara kelas harapanku untuk melihat mereka ini dapat berkomunikasi didalam bahasa Arab didalam usia yang begitu muda.Sebaik sahaja kaki kanan aku melangkah kedalam kelas mereka.Aku melihat sekeliling kelas tidak ramai pula murid didalam kelas semuanya sunyi sepi ,kemana menghilangnya mereka ini aku kurang pasti.”Hmm ,Ya Allah tiba-tiba ramai yang bangun dan menjerit “HAPPY BIRTHDAY USTAZ” .”Aduh! rasa nak mengalir airmata sebuah penghargaan yang tak terhingga.”Ustaz sila pusing belakang tengoklah sesuatu”,jerit Iqmal Hakim.aku kenal sangat dengan celoteh anak ini ,takut ada yang tak kena dengan idea-idea kenakalannya .Bila sahaja aku berpaling ke belakang ada tulisan dipapan hitam “SELAMAT HARI LAHIR”. Aduh ! luluh lagi hati ini ,hiba sekali diatas penghargaan mereka.”Ustaz! itu hasil tulisan Izzul Ilham ,kami wakilkan bagi pihak kami untuk tatapan ustaz”, jerit Ain Nazirah . Lidah aku kelu seketika dengan penghargaan ini.Tiada ucapan lain yang dapat ku lafazkan melainkan “SHUKRAN JAZILAN” anak-anakku inilah hari lahirku yang paling bahagia yang dapat ku rasakan didalam kenikmatan bulan Ramadhan ini.


HASIL TULISAN IZZUL ILHAM
SHUKRAN JAZILAN BAGI PENGHANTAR-PENGHANTAR MESEJ BUAT HARI LAHIRKU YANG KE 30.



RAKAN-RAKAN GURU:

USTAZAH HAIRIL NISAK:Selamat menyambut ulang tahun ke 30.Dah bertambah umur moga bertambah juga Rezeki,bertambah amalan,bertambah aktif,bertambah ramah,bertambah rajin,bertambah garang,bertambah pandai(Masak),bertambah duit,bertambah kaya,bertambah baik,bertambah kurus,heh heh .Selamat hari tua.kih kih.


USTAZAH ZAITON: Semoga ALLAH kurniakan umur yang berkualiti dan rezeki yang banyak Amin Ya Rabbal alamin.

ainah,lida,ita: Hepi bes day 2 U. Cepat2le makan nasi minyak!

WARIS-WARIS.
UMMU ANUAR HADI: Salam ,selamat hari lahir buat ustaz yang ke 30.Semoga dipanjangkan umur dalam kebajikan,beroleh keberkatan dalam kehidupan,dilimpahi rahmat dan kasih sayang Ilahi


MURID-MURID.

NURUL HUSNA : Assalamualaikum …Saya ucapkan selamat hari lahir kepada ustaz yang tersayang didunia,saya harapkan ustaz sihat selalu .maafkan saya apa yang saya buat salah sepanjang saya di sekolah ini.Saya harap-harap ustaz tak pindah sekolah.SELAMAT HARI LAHIR.

SYAFIQ DAN KAWAN-KAWAN: Assalamualaikum ! Ustaz jangan main mercun ,tak pasal nanti ustaz masuk hospital.Ustaz dengar pantun saya.
CINCIN EMAS CINCIN PERMATA
DIPAKAI OLEH GADIS JELITA
JANGAN MAIN MERCUN BOLA
MAINLAH MERCUN BAWANG

FARAH DAYINI DAN NUR SYAMIRA BALQIS: Ustaz! Terima kasih kerana ustaz dah buat kami seronok .Saya dan Syamira suka pelajaran Bahasa Arab .Ustaz,saya dan Syamira nak ucapkan selamat hari Jadi ustaz.ustaz dengarlah pantun ini.Dua tiga kucing berlari ,mana nak sama si kucing belang ,semua orang sayangkan ustaz ,saya dan syamira meminta ampun.

RABIATUL ADAWIYAH DAN ZAKIRAH :Selamat berpuasa dan selamat hari lahir ustaz,Happy birthday ustaz.
IQHMAL HAKIM:Ustaz ! jangan main mercun tau,nani masuk hospital .orang raya dirumah ustaz raya di hospital.Ustaz dengar satu pantun ini.Anak gajah berwajah cun,Nampak tikus terus lari,jangan sesekali main mercun .Kang tak pasal-pasal hilang jari.


BANYAK BETUL KAD-KAD YANG MEREKA BAGI
CAMPUR SEMUA ,SELAMAT BERPUASA ,HARI LAHIR DAN HARI RAYA

IZZUL ILHAM : Selamat berpuasa dan selamat hari raya juga selamat hari lahir.Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.Selamat hari lahir ustaz Azrul pada tahun yang mulia ini.Saya ingin meminta maaf kepada ustaz.Ampunkanlah dosa-dosa kami semua didalam kelas ini.Saya berharap ustaz Azrul ampunkan dosa kami .Selamat hari lahir.

DANIAL BIN TUN TUAH KENNEDY: Selamat berpuasa dan selamat hari raya Aidilfitri dan juga selamat hari jadi ,semoga dipanjangkan umur dan sejahtera sentiasa.

NUR AFIKAH BT ABD RAHIM:Ustaz,terima kasih kerana telah mengajar saya bahasa arab .Ustaz saya suka pelajaran bahasa arab.Ustaz akhir kata saya nak ucapkan Selamat Hari Jadi ustaz.

SARAH SALWA BT RAMLI: Terima kasih kerana mengajar saya ,Saya berasa gembira ,Saya suka dengan Bahasa Arab.Selamat hari Lahir ustaz,Sekian terima kasih.

NURUL AINA DAN FATIN NASUHA: Saya ucapkan selamat hari lahir.
Ustaz terima kasih kerana mengajar saya dan semua kawan-kawan yang lain .Ustaz telah membuat lawak dengan saya dan kawan-kawan.Saya sangat gembira berjumpa dengan ustaz.Setakat ini saja yang dapat saya tulis.Selamat hari lahir.




SHUKRAN JAZILAN UNTUK SEMUA...


Wednesday, September 10, 2008

NAK TIRU MACAM SAYA

Hari ini saya seperti biasa berada didalam kepenatan seketika.Sewajarnya otak saya harus berehat tetapi tugas saya sebagai pendidik ,penat itu bukan alasan untuk tidak melakukan sesuatu.
Seperti biasa tempat saya selalu bersama dengan Ustazah Hairil Nisak.Bak kata guru-guru yang lain saya "client" Ustazah Hairil Nisak sebagai pendengar masalah yang setia.Bahkan sebagai pendamai jika bertelagah dengan sesiapa.Namun pertelingkahan yang berlaku pun hanya gurauan sahaja.
Seperti biasa saya diberikan amanah kelas ganti,saya hadiri seperti biasa dan murid-murid kelas tersebut tidak begitu hairan kalau saya masuk ke kelas mereka kalau bukan waktu saya mengajar."Hmm .'Ustaz mesti ganti cikgu yang tak mai kan?.Celoteh seorang murid yang saya rasakan kebecokan mulutnya adalah betul apa yang dibicarakan.
Biasanya kelas ganti selama sejam ini saya gantikan dengan memberi kata-kata perangsang untuk mereka tidak melupakan apa tugas mereka di sekolah dan dirumah semasa bergelar seorang murid.
Selepas tamat waktu persekolahan saya melangkah kaki longlai yang rentaknya boleh dihitung dan terus tersentak dengan bunyian lagu irama nasyid Rabbani Ahlan-Wahsalan ya Ramadhan.Saya terus mencari kelibat telefon bimbit Nokia N81 saya dan membaca satu mesej yang membuatkan saya terpaku dari seorang murid ini.
"Salam Ustaz .Baju Raya Ustaz warna apa?.Saya melayani seperti biasa karenah murid ini dengan membalas mesejnya.Baju Ustaz warna coklat keemasan itu sahaja yang saya balas.Kemudian dijawabnya "hmm saya pun nak beli baju warna macam ustaz.Astaghfirullah kenapa nak sama macam saya juga?.Terpinga-pinga saya dengan keinginan anak itu.Rasa berdosa pula saya jika Ibunya tak dapat nak belikan baju yang diinginkan warna seperti baju saya.Pasti kecewa anak itu nanti.Terharu sangat dengan keinginan anak itu.
Kemudian saya disusuli pula mesej dari ibunya "Tengoklah Ustaz baju raya pun nak warna sama macam ustaz",.Apa lagi yang saya boleh nyatakan.Menitis laju airmata saya kerana murid sekecil itu menilai saya dengan pelbagai keinginan asalkan sama dengan saya.
Tiba-tiba ingatan saya melayang jauh di bumi Jordan kerana disitu jua saya mengenali Idola saya kini.Walaupun tidak sehebat beliau, namun dengan kata-kata beliau membuatkan saya lebih bersemangat ingin mengotakan setiap janji yang dicipta agar ianya tidak hancur lebur dimamah usia dan kesibukkan waktu yang sering tercipta buat saya.

Monday, September 1, 2008

RAMADHAN YANG DI TUNGGU


Alhamdulillah umurku masih panjang untuk ku diketemukan dengan bulan penuh Rahmat ini.Rasanya sudah tahun ke 2 Hari Lahir ku akan ditatap dengan bulan Rahmat ini .Alhamdulilah masih aku dapat menghidu Roh Ramadhan pada tahun ini.Dan sudah hampir juga aku membilang hari untuk umurku genap 30 Tahun menjelang pada 18 Ramadhan nanti .Hari pertama sahaja sudah ada bingkisan kelainan dalam menghitung saat yang harus diharungi pada awal Ramadhan.Rutin yang biasa perut sentiasa kosong sepanjang hari kerana Allah Taala.Menjelang malam untuk berterawih aku sentiasa teringatkan suasana di Jordan.Anak-anak kecil juga segak bergaya dengan pakaian mereka untuk solat Terawih bersama.Di suatu sudut pasti ada sahaja anak-anak kecil dimana tangan mereka dipimpin oleh Ayah atau Datuk mereka untuk solat berjemaah bersama.Peliknya tiada kedengaran imam membuat pengumuman kepada anak-anak kecil, anda diminta bersolat di "Saf kanak-kanak" .Hmm hairan saya ,memang tiada ayat itu terpacul dari bibir imam.Tapi di Malaysia kemana sahaja saya pergi sudah pasti dilaungkan perkara tersebut.Bahkan disuatu tempat ada seorang Ahli Jawatankuasa masjid menjadi "GUARD" untuk mengawasi anak-anak ini supaya tidak membuat bising.Psikologinya inilah satu pandangan yang harus diperbetulkan.Jika anak-anak ini tidak berdamping dengan ayah mereka sudah pastinya mereka ini membuat bising dan sebagainya .Bagi saya apabila saya lihat di Jordan semasa anak-anak kecil itu sembahyang bersebelahan ayah mereka,mereka tidak pernah membuat bising bahkan mereka tetap bersolat dengan ayah mereka tanpa membuat sebarang kesulitan di Rumah Allah tersebut.Fikir-fikirkanlah wahai Ibu Bapa yang budiman genggamilah tangan anak-anak anda supaya mereka tidak lari dari menunaikan kewajipan mereka.Amin