Photobucket

MY MEMORY

Suweileh 2009....catatan Memoriku Last Year Slideshow: Ezrul’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Jordan was created by TripAdvisor. See another Jordan slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.

DEMIRTAS AQUARIUM

Friday, February 22, 2008

Friday, February 15, 2008

'Afiyet Olsun burung'

'Restoran Kumpir'
'Kumpir dan Ayran'


'Baklava'

'Gul Tatli'

Semalam saya tidur agak lewat selepas berdiskusi sebentar dengan 'Abu Saif'.Menceritakan sedikit pengalaman yang tak seberapa dari saya.Akibatnya saya terpaksa tidur kembali selepas solat Subuh kerana saya rasa amat mengantuk sekali.Bila saya bangun semula dari tidur sesuatu aroma telah menghinggap ke deria bau saya.Saya kurang pasti dengan apa jenis bau makanan ini.Dalam terhoyong hayang saya mencari di persekitaran dapur rumah .Mmm tiada masakan ibu langsung,tapi dari mana aroma makanan ini datang.Saya kehairanan sejenak,aromanya tidak ubah seperti 'Kumpir' sejenis makanan yang saya selalu menjamahnya di Turki khususnya apabila saya di bandar 'Taksim' di Istanbul ' .Aroma ini benar-benar mengingat kan saya tentang kisah saya di Turki .Kisah duka tetapi lucu.ketika mana saya sedang menikmati kumpir (Kentang Bakar yang diletak keju dan sayur-sayuran) diatas 'Cruise' perjalanan dari 'Uskudar' ke 'Besiktas' tiba-tiba seekor burung telah menyambarnya dari tangan saya.Aduh!!! dari jauh saya memandang 'kumpir' saya itu dibahagi-bahagikan kepada rakan-rakan burung yang lain.Saya merenung jauh kepada burung-burung tersebut sambil saya mengeluh dalam agak kelaparan :'Bukan rezeki saya kumpir itu tetapi hak burung dan rakan-rakannya bisik hati kecil saya.'Afiyet Olsun burung' ...

Wednesday, February 13, 2008

"Subuh ku pergi,Malam ku Pulang"


Hari ini kejohanan olahraga disekolah saya diadakan,saya begitu teruja dengan tugas yang diberikan sebagai juruacara majlis ,saya jalankan amanah yang diberikan dengan penuh tanggungjawab tanpa mempersoalkan sesuatu.Bagi saya itu tugas yang amat berat ,tidak seperti biasa saya di barisan anak-anak penyokong rumah memberi semangat kepada anak-anak buah saya yang comel-comel dan berbudi bahasa.

Itulah rupanya seorang guru,tidak hanya pada waktu didalam kelas sahaja sewaktu berolahraga juga setiap gerak langkah diajar oleh guru,itu adalah cara untuk mendisiplinkan mereka dari awal.Bila difikirkan kembali saya merenung sejenak kepada guru-guru yang telah lama mendidik saya dan kini saya juga sudah menjadi seperti mereka,pergorbanan yang tidak terhingga menjadikan diri saya sebagai seoarang Ayah walaupun tidak berkahwin ,kadang-kadang menjadikan saya seorang abang kepada adiknya.Subhanallah!!! sungguh nikmat amanah yang diberikan oleh Allah untuk menjadikan saya sebagai pendidik.Cuma bagi mereka yang merasakannya sahaja yang tahu.Biarkan saya keluar rumah menjelang Tuan Imam pulang kerumah selepas solat subuh saya sudah siap hendak ke dunia pendidikan kadang-kadang sampai berselisih dengan Tuan imam yang lain sudah menuju ke Masjid di ambang maghrib saya masih dijalanan mahu pulang ke rumah,jika terjumpa masjid saya singgah untuk bersama mereka.Bermacam-macam lagi yang kadangkala rakan seperjuangan menggunakan istilah :Keluar dilihat Bulan Malam Pulang pun Dilihat Bulan.Ada lagi yang berfalsafah :Pergi Dibuka Lampu Pulang pun dibuka lampu,namun bagi saya istilah ini "Subuh ku pergi ,Malam ku Pulang" sejauh 90km...

Sunday, February 10, 2008

Mendidik tidak kira ketinggian 'Ijazah'





Hari ini saya mendapat satu msg dari nombor yang saya sendiri tidak pasti datangnya.Terlalu misteri hidup saya kini.Nombor saya yang saya jarang-jarang berikan kepada sesiapa sahaja tiba-tiba terdapat msg yang berbaur... hmmm saya sendiri tidak pasti nak maksudkan apa???.Tapi jelas sekali pengirim msg seperti tidak bersetuju dengan karier saya sekarang ini.Msg nya berbunyi 'Tuan Sheikh anta tak rasa rugi ker,belajar tinggi-tinggi balik mengajar sekolah rendah sahaja,suatu penghinaan bagi graduan Timur Tengah tau tak!!!.Saya merasakan ayat biadap ini sebagai gurauan minda saya sahaja.Bukan senang hendak mendidik umur anak-anak yang baru hendak mengenali dunia apa itu 'Alif Ba Ta'.Apatah lagi setiap hari anak-anak murid saya ini tidak lagi berkata 'Selamat Pagi Ustaz'. Tapi sudah bermula dengan صباح الخير .Itukan sudah satu perubahan?.Mana ada dizaman persekolahan saya dahulu menyebut perkataan-perkataan syurga ini.Bahkan setiap hari 'Good Morning sir' .Perkataan-perkataan itu saya kenali semasa saya berumur 13 tahun di Sek Men. Agama Maahad Addini di Alor Star.Mujur lah saya mengais Ilmu disitu.Kalau tidak saya tidak akan tahu langsung apa yang anak-anak murid saya sebutkan tadi,sebenarnya mereka beruntung satu hari nanti kemana sahaja mereka akan pergi, bahasa syurga ini akan tetap disanubari mereka.

Diwaktu rebung ini lah yang perlu kita semaikan kepada mereka serba sedikit ilmu yang ada.Mungkin pengirim msg itu tidak perasan ada lagi dikalangan sahabat-sahabat dari Timur Tengah yang masih lagi bergoyang kaki di rumah menyelak sijil bangga dengan markah setinggi KLCC asyik menuding jari golongan siswazah yang seperti saya menjadi pendidik kepada anak-anak hingusan ini.Hmm saya tidak merasakan apa-apa dalam hal ini ,kerana saya dapat rasakan yang saya juga adalah pemberi ilmu biarpun sekelumit tapi di mata Allah pasti ada nilainya,Daripada dia bergelar seorang 'profesor' tetapi ilmu yang disampaikan hanya menunjuk-nunjuk bahawasanya dia adalah seorang pemberi ilmu bagi golongan kelas atasan sahaja.Ingatlah kita semua asalnya dari bawah bukan terus mengapai awan yang tinggi akhirnya membuatkan kita terjatuh dan tidak terus bangun lagi.Ingatlah biar apa pun status anda dalam bidang pendidikan rezeki yang Allah letakkan itu adalah Amanah ,Walaupun dihari itu saya tidak mengajar anak-anak murid saya perkataan باب yang bermaksud 'pintu' di mata Allah saya sudah alpa dengan amanah yang diberikan.Apatah lagi anda yang dikatakan banyak ilmu dari saya (Pengirim sms) meninggalkan kuliah di setiap fakulti yang memerlukan anda dan anda tinggalkan pengajian itu dengan komitmen yang lain hitunglah jumlah ilmu didalam kitab-kitab yang ada sebesar mana amanah yang anda tinggalkan.Sedikit keluhan juga dari Abu saif di laman web nya tentang perkara ini.http://saifulislam.com/?p=1618

Saturday, February 9, 2008

Bermusafir???

' Permulaan menjejaki kaki ke bumi Anbiya'
Kuala Lumpur-Beirut-Amman(1997)
Dari Kuala Lumpur ke Bangkok (2004)

Dari Amman -Doha- Kuala Lumpur (2005)


Dari Amman ke Ankara (1998)
Dari Amman ke Kaherah (2003)
Dari Amman ke Kuala Lumpur (2003)
Dari Bangkok ke Amman(2004)

Dari Amman-Abu Dhabi-Doha -Kuala Lumpur(1998)
Dari Kuala Lumpur -Abu Dhabi-Amman(1998)


Hmm...hari ni semalam dan kemarin saya berulang kali menjengah masukke laman web 'Abu Saif' kebanyakkan isi sudah saya baca,tapi yang menarik perhatian bila melihat gambar flight Emirates Airlines hati saya tiba-tiba berdetik dan secara tidak langsung saya teringatkan bumi padang pasir itu.Dan seterusnya hati saya terlalu rindu untuk melangkahkan kaki ke bumi 'Falafil,Bumi Zaiton,Bumi Syawarma apatah lagi dimana bumi itu bau aroma 'Maqlubah' yang cukup saya rindui.Itu tidak termasuk dimana bumi 'Gul Tatli' yang saya selalu nikmati di Bumi Othmaniyah....Bilakah daku akan kesana???

Thursday, February 7, 2008

SECEBIS SEBUAH KENANGAN SELAJUR KEJAYAAN

Pak wan,adik pakwan (wajah serupa),ezrul and abg paad

Macam pengantin pun ada hehehe...

No komen...

Macam keluarga sendiri dah...huhuhu